GEORGE TOWN: Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut serta merampas pelbagai dadah bernilai RM60,086, Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata siasatan turut mendapati kedua-dua lelaki itu mempunyai kepakaran memproses MDMA bersama beberapa dadah lain sebelum dicampurkan dalam peket minuman segera dan dijual di pusat hiburan sekitar bandar raya ini.
"Lelaki pertama berusia 22 tahun ditahan pada 3.30 petang di kaki lima sebuah kompleks makanan di sini, dan polis merampas 0.93 gram(g) ketamin daripadanya. Rakannya yang berusia 24 tahun pula ditahan di tepi sebuah rumah ibadat di Macallum pada 8.50 malam hari sama," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata polis kemudian merampas 50 batang rokok setiap satunya berisi campuran tembakau dan dadah jenis 'mushroom' dianggar seberat 65.74g sebelum menyerbu sebuah rumah sewa di kawasan Macallum yang dijadikan tempat memproses MDMA dan rokok mengandungi 'mushroom'.
Menurut Razlam dalam serbuan di rumah sewa mereka, polis merampas pelbagai jenis dadah termasuk MDMA yang telah siap diproses dan dicampur dalam pek minuman segera, 40 batang rokok mengandungi 'mushroom', ketamin, ganja, pil eramin 5, pil ekstasi dan dadah 'mushroom' serta peralatan memproses dadah.
Razlam berkata kedua-duanya disyaki menjual setiap peket minuman segera mengandungi MDMA terbabit di pusat hiburan sekitar bandar raya ini pada harga RM150 hingga RM250, manakala rokok yang dicampurkan dengan dadah 'mushroom' pula RM80 sebatang.
"Kedua-duanya dipercayai menjual dadah sejak Januari lepas dan siasatan mendapati mereka mendapatkan bekalan daripada rangkaian sindiket dadah di sekitar negeri ini," katanya menambah mereka direman seminggu untuk siasatan lanjut.
Dalam perkembangan lain, Razlam berkata polis menahan seorang pekerja pusat hiburan dipercayai terbabit kegiatan pengedaran dadah dalam serbuan di premis itu di bandar raya ini dan merampas pelbagai dadah bernilai RM4,000 daripadanya, Sabtu lepas.
Beliau berkata penahanan lelaki berusia 26 tahun pada 1.55 pagi menerusi Op Hiburan itu berjaya membongkar kegiatannya yang menjual dadah di pusat hiburan hingga mampu hidup mewah dengan memiliki kereta jenis BMW X4.
"Lelaki itu yang didapati positif terhadap dadah dan menjalankan kegiatan berkenaan secara bersendirian dipercayai memproses MDMA sebelum mencampurkan dalam pek bungkusan minuman segera," katanya.
Polis turut menyita kereta mewah terbabit dan lelaki berkenaan kini direman seminggu untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024
Razlam berkata siasatan turut mendapati kedua-dua lelaki itu mempunyai kepakaran memproses MDMA bersama beberapa dadah lain sebelum dicampurkan dalam peket minuman segera dan dijual di pusat hiburan sekitar bandar raya ini. - Gambar Bernama
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Taman Eko Rimba KL berpotensi jadi tarikan pelancong - Nik Nazmi
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas berpotensi untuk dibangun dan dipromosikan sebagai satu lagi tarikan di ibu kota, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Arsenal tidak akan menjadi juara liga - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo, berkongsi pendapatnya dengan menjelaskan bahawa Arsenal tidak akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
[TERKINI] KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau dengan teliti trajektori gelombang peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 yang dilaporkan oleh Singapura baru-baru ini.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki nombor satu Malaysia Lee Zii Jia selangkah untuk memenangi gelaran pertamanya tahun ini.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Sebanyak 84 balai bomba baharu diperlukan dalam usaha meningkatkan kualiti, kemampuan dan kecekapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyalurkan perkhidmatan kepada masyarakat di seluruh negara.
Kestabilan politik bawa kemajuan di Sarawak - Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
Tiada cadangan tarik balik laporan polis - Naim Daniel
PENYANYI Naim Daniel menyerahkan segala urusan kepada pihak polis selepas individu yang mengugut bunuh ibu bapanya ditahan baru-baru ini.
Baling bom petrol di pusat hiburan: Dua lagi lelaki didakwa
Dua lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota.
Seorang lagi ditahan disyaki terlibat baling bom petrol ke pusat hiburan
Polis menahan seorang lagi lelaki tempatan semalam kerana disyaki terbabit dalam kes pusat hiburan terbakar akibat dibaling bom petrol awal pagi Khamis lepas.
Pusat hiburan dibaling bom petrol: Dua lagi individu diberkas
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kedua-dua suspek diberkas pada Sabtu.
Dua lelaki ditahan bantu siasatan pusat hiburan dibaling bom petrol
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tempatan berkenaan ditahan pukul 3 petang di sebuah rumah.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Imigresen Perak gempur pelacur warga asing, 24 ditahan
Serbuan dibuat berdasarkan hasil pemantauan dan risikan yang telah dijalankan oleh Unit Risikan JIM di kesemua lokasi tersebut.
Pusat karaoke guna pintu kebal tawar GRO diserbu
Seramai 90 PATI ditahan membabitkan 37 lelaki dan 51 wanita serta dua kanak-kanak perempuan atas pelbagai kesalahan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.